Monday, February 20, 2012

Al- Fatihah

Langit tidak selalunya cerah.. sesekali awan hitam akan menyelubungi hidup kita.. itula yang berlaku pada kami sekeluarga bila ayahanda kesayangan kami pergi mengadap Illahi buat selama2nya.. Ayahanda yang selama ni menanggung sakit kencing manis, darah tinggi yang membawa kepada penyakit buah pinggang. Seminggu sebelum arwah pergi, dia sakit tenat.. Kali ni ayah tidak mahu ke hospital seperti kebiasaan..seola-olah dia tahu yang dia akan pergi selama2nya.. Dia mahu menghabiskan sisa-sisa terakhirnya bersama keluarga. Dalam seminggu tu, arwah tidak lalu makan  dan hanya terbaring. Sebak rasa dalam hati melihat keadaan ayah ketika itu. Malam sebelum ayah pergi, mak saya menjemput kenalan untuk majlis bacaan yasin di rumah. Keesokan paginya, 16 Februari 2012(khamis), dalam pukul 945 pagi, ayahanda kesayangan kami menghembuskan nafasnya yang terakhir. Saat tu, saya mula terasa kehilangan yang amat sangat.. Apabila melihat tubuh dan wajah ayah yang kaku tak lagi bernyawa hati saya diruntun pilu yang amat sangat. Airmata tak dapat berhenti mengalir sehinggala ayah selamat dikebumikan. Kini rumah ini menjadi sangat sepi.Tiada lagi ayah yang akan duduk di luar rumah di saat saya pulang melawat.  Tiada lagi suara ayah yang memanggil2 nama emak, yang sesekali membebel demi kebaikan anak-anaknya.. Yang tinggal kini hanyalah kenangan dan gambar ayah yg akan kekal di hati buat selama-lamanya. Seandainya ayah masih ada sekarang, saya akan peluk cium ayah dan bisikkan yang saya sangat menyayangi ayah.  Yang pasti ayah dah pergi. sebagai anak saya hanya mampu berdoa untuk ayah di sana. Al-fatihah buat arwah ayahandaku SOBRI BIN ALI (23.01.1955-16.02.2012). semoga arwah ditempatkan di kalangan orang -orang yang beriman. amin..



AL-FATIHAH

~jojoe~

Saturday, February 11, 2012

Pelamin anganku


Chewahhhh..tajuk entry mcm tajuk lagu lak..teringat lagu yg agak popular zaman 90an dulu.."pelamin anganku musnah"..xnakla sampai jadi cam lagu tu.. huhuh.. sebut sal pelamin ni mesti sinonim jer ngan majlis perkahwinan .. ada yg suka berpelamin, ada yg xsuka..bergantung kepada individu..ada yang buat pelamin bukan tujuan nak bersanding, tp sebab nk ambik gambar dan sebagainyala.. like I said..terpulang kepada individu tu..Baru2 ni masa berjalan2 kat kulim terjumpala kami pameran pelamin kat salah sebuah pasaraya kat situ….adala dalam 2-3 contoh pelamin dan pakej perkawinan yang ditawarkan..

huhuh..tetiba rasa teringin nk kawin datang..mesti banyak benda nk pikir kan time wat perancangan tu kan? Color apa? Budget berapa..mcm manala tu kan?..huhu..pening2..mesti bleh kurus masa duk sibuk urus soal perkawinan tu kan? Hahahaha… sabar jerlah..

Wednesday, February 8, 2012

LUPA


Hari baru di sekolah.. hari baru dalam hidup saya… mcm cepat pulak masa berlalu tahun ni.. tengok2 dah masuk bulan 2 dah..…ermmm… bila hari berlalu, umur pun semakin meningkat.. tp rasanya dengan usia 32 tahun xdelah sampai nak cepat sangat lupanya yer tak.. Cuma yang saya perasan sekarng ni saya cepat betul lupa..adeiii..mujur setakat ni masih blum lupa tugas..lupa masuk kelas ..hehehe.. antara perkara yg kerap saya lupa skrang ni ialah:
  1. Lupa nama pelajar.. (hehehe…mcm mana nk ingat… ramai sangat..hah.. xcuse ajer..)
  2. Lupa nak kunci rumah… ( adeiiii…peristiwa ni berlaku kemarin. Masa nk pergi skul..saya kunci rumah tp grill xberkunci..the best part is, kunci rumah masih tergantung di grill..adoooii…. mujurla adik saya lalu dan tolong saya kunci rumah..)..
  3. Lupa mana saya letak barang..terutama kunci kereta..erm..mahunya satu rumah saya cari.. sekali atas katil…
Rasanya banyak lagi yang saya lupa.. tp saya dah lupa apa dia..tengokkkk..lupa lagi..ermmm..apa nak jadi… org tua2 cakap jgn makan kepala ikan..nanti cepat lupa..masalahnya saya xmakan pun dah jadi pelupa… uwaaaaaaaaaa,,,…

IKLAN LAGI!