Monday, February 20, 2012

Al- Fatihah

Langit tidak selalunya cerah.. sesekali awan hitam akan menyelubungi hidup kita.. itula yang berlaku pada kami sekeluarga bila ayahanda kesayangan kami pergi mengadap Illahi buat selama2nya.. Ayahanda yang selama ni menanggung sakit kencing manis, darah tinggi yang membawa kepada penyakit buah pinggang. Seminggu sebelum arwah pergi, dia sakit tenat.. Kali ni ayah tidak mahu ke hospital seperti kebiasaan..seola-olah dia tahu yang dia akan pergi selama2nya.. Dia mahu menghabiskan sisa-sisa terakhirnya bersama keluarga. Dalam seminggu tu, arwah tidak lalu makan  dan hanya terbaring. Sebak rasa dalam hati melihat keadaan ayah ketika itu. Malam sebelum ayah pergi, mak saya menjemput kenalan untuk majlis bacaan yasin di rumah. Keesokan paginya, 16 Februari 2012(khamis), dalam pukul 945 pagi, ayahanda kesayangan kami menghembuskan nafasnya yang terakhir. Saat tu, saya mula terasa kehilangan yang amat sangat.. Apabila melihat tubuh dan wajah ayah yang kaku tak lagi bernyawa hati saya diruntun pilu yang amat sangat. Airmata tak dapat berhenti mengalir sehinggala ayah selamat dikebumikan. Kini rumah ini menjadi sangat sepi.Tiada lagi ayah yang akan duduk di luar rumah di saat saya pulang melawat.  Tiada lagi suara ayah yang memanggil2 nama emak, yang sesekali membebel demi kebaikan anak-anaknya.. Yang tinggal kini hanyalah kenangan dan gambar ayah yg akan kekal di hati buat selama-lamanya. Seandainya ayah masih ada sekarang, saya akan peluk cium ayah dan bisikkan yang saya sangat menyayangi ayah.  Yang pasti ayah dah pergi. sebagai anak saya hanya mampu berdoa untuk ayah di sana. Al-fatihah buat arwah ayahandaku SOBRI BIN ALI (23.01.1955-16.02.2012). semoga arwah ditempatkan di kalangan orang -orang yang beriman. amin..



AL-FATIHAH

~jojoe~

5 comments:

  1. Al-Fatihah utk arwah. Bersabar ye Jo .. semoga ko sekeluarga kuat mengharunginya.

    ReplyDelete
  2. Moga rohnya dicucuri rahmatNya... Banyak bersabar dan ikhlaskan pemergiannya...

    ReplyDelete
  3. Innalillahiwainnalillahirajiun... Maafkan beauty terlewat tahu berita paling sedih ni... Beauty ucap takziah buat jojoe dan keluarga... Sesungguhnya Allah lebih menyayangi ayahnda jojoe... Mudah-mudahan arwah ditempatkan dikalangan yang terpilih... InsyaAllah... Al-fatihah

    ReplyDelete
  4. semoga Allah memberikan pahala yang berganda-ganda kepada saudara dan menjadikan saudara dapat bersabar dengan sebaik-baiknya serta diampunkan orang yang telah meninggal dunia”

    ReplyDelete

bling bling

IKLAN LAGI!