Wednesday, April 11, 2012

Gempa bumi di Malaysia

di kala saya menulis ni, Malaysia telah kecoh dengan gegaran gempa bumi di sana sini.. berpunca daripada gegaran kuat yang berpusat di Acheh sekali lagi.. Ya Allah.. skali dugaan hebat buat manusia  di muka bumi.seperti yang dikhabarkan pada jam 9 malam ini, tsunami akan melanda pulau pinang.. wallahhualam..semoga kita semua dilindungi Allah..
Hari ni yang kebetulannya merupakan hari cuti umum sempena pertabalan Agong ke-14. saya dan adik2 saya mengambil peluang berjalan2 di sungai petani..lokasi yang kami pilih semestinya centre square yang sememangnya penuh sesak dengan orang ramai. tepat jam 440 petang ketika mahu pulang, cs mula kecoh dengan org ramai yang berpusu2 hendak keluar. ketika tu saya terasa pening dan panik..apalagi bila melihat sign yang tegantung di  syiling begoyang2 dan terasa bergegar bangunan..keadaan masa tu memang kelam kabut.. bertolak2 untuk keluar dari bangunan.. mcm2 di fikiran saya masa tu..terbayang bangunan besar ni akan runtuh..apalagi masa tu saya berada di tingkat 4..alhamdulillah.. saya dan adik2 saya selamat keluar.. Syukur alhamdulillah.. Jalan raya dan keadaan di luar ketika tu memang sesak dengan orang ramai..bila keadaan dah pulih baru saya masuk smula kedalam bangunan untuk mengambil kereta yang berada d tingkat paling bawah.. walaupun masih dalam trauma, saya gagahkan juga bawa keluar kereta walaupun masa tu memang sesak teruk.. apapun, pengalaman ni memang saya xakan lupakan..pertama kali merasai gegeran gempa bumi.. Semoga semuanya selamat..Maha Suci Allah...

p/s:  saya yang masih FOBIA..
~jojoe~

2 comments:

  1. alhamdulillah jojoe dan adik2 selamat. kami di KL ni duk risaukan mak cik beauty kat penang. alhamdulillah amaran tsunami ditarik balik. beauty sempat buat solat hajat mudah2an negara kita tak ditimpa bencana. subhanallah =(

    ReplyDelete
  2. ya..alhamdulillah.. moga kita dijauhkan malapetaka sebegtu.. InsyaAllah..

    ReplyDelete

bling bling

IKLAN LAGI!