Monday, September 17, 2012

Nasi tomato

Raya tahun ni saya jamu pelajar saya makan nasi tomato,,..ekceli saya xpernah masak nasi tomato.,,mujurla percubaan saya ni berjaya,,,huhuhu


Bahan-Bahannya:
9 cawan beras , cuci dan toskan
1 cawan susu cair
1 tin tomato puri
1 tin minyak sapi (saiz kecik)
1 helai daun pandan - disimpul
5 ulas bawang putih - dihiris
7 biji bawang merah - dihiris
1 inci halia, dihiris halus - hiris halus
6  biji buah pelaga
6  kuntum bunga cengkih
2 kuntum bunga lawang
2 batang kayu manis * ( *rempah tumis)
Air, ikut sukatan beras (  lebihkan 1 cawan lagi)
kismis
Garam secukup rasa

Cara membuatnya :

1. Dalam periuk, panaskan minyak sapi pastu tumis rempah tumis, bawang putih, bawang merah, halia dan daun pandan. Tumis hingga wangi.

2. Masukkan tomato puri, kacau dan biar masak. Tuang susu dan air, masak hingga mendidih. Matikan api.

3. Masukkan beras dalam rice cooker. Tuang no.2 ke dalam rice cooker tadi, masukkan garam (anggaran 3/4 camca teh), gaul beras hingga rata dengan semua rempah2 and kismis. Masak seperti biasa dan balik2kan nasi bila betul2 masak.

4. Hias dengan hirisan daun sup/daun bawang dan bawang goreng sebelum dihidangkan. Dimakan bersama masak merah ayam yg nyum3...

~jojoe~

No comments:

Post a Comment

bling bling

IKLAN LAGI!