Wednesday, November 7, 2012

Ford Focus

Awal tahun depan cukupla 6 tahun saya bersama kereta sekarang...so..ada lagi 3 tahun utk abis bayar..heheh..pastu mungkin akan berkira2 nak beli kereta baru...InsyaAllah masa tu kalo panjang umur mungkin saya dah bekeluarga..dah ada anak... so, kenala beli kereta yang selesa sikit..
tp cik abang saya neh minat betul kereta nih...


FORD FOCUS..duk berkira2 nk beli...apa kelebihan ford focus tu yer?tanya mr google...

Focus yang pintar, selamat, mesra alam dan berkualiti

Focus serba baru memaparkan pelbagai ciri canggih dan pintar yang pertama kali diperkenalkan dalam segmennya, termasuk pakej keterhubungan diaktifkan suara SYNC© yang memenangi anugerah, Bantuan Letak Kereta Aktif, Hentian Bandar Aktif dan Sistem Maklumat Titik Buta (BLIS).

Ford SYNC menyediakan keterhubungan tanpa kawalan tangan yang diaktifkan suara. Sistem pemenang anugerah ini membolehkan pemandu membuat panggilan, menghantar dan menerima pesanan teks dan memainkan muzik menerusi arahan suara dan kawalan yang dipasang pada roda stereng – semuanya sambil mata memberi tumpuan kepada jalan raya dan tangan memegang stereng.

Dengan sentuhan satu butang, pemandu Ford Focus serba baru boleh menggunakan Bantuan Letak Kereta aktif untuk meletakkan kereta secara selari tanpa kawalan tangan sepenuhnya, kerana sistem ini menggunakan sensor di sekeliling Focus untuk membantu mengenal pasti ruang letak kereta yang sewajarnya dan kemudian memandu masuk secara automatik. Pemandu perlu mengawal pedal minyak, brek dan gear.

Sistem untuk mengurangkan perlanggaran yang dinamakan Hentian Bandar Aktif memberikan tahap keselamatan tambahan kepada pemandu dengan memantau jalan di hadapan untuk lalu lintas pegun dan membrek secara automatik jika sensor mengesan bahawa kereta di hadapan telah berhenti secara tiba-tiba.

Pada kelajuan sehingga 30 km/j, sensor mengimbas kawasan di hadapan Focus untuk mengesan halangan yang mungkin wujud. Jika Focus mendekati kenderaan yang sedang menekan brek, bergerak perlahan atau berhenti di hadapan dan meramalkan bahawa perlanggaran mungkin berlaku, brek akan dipersiapkan. Jika pemandu terus tidak aktif, (tiada input stereng atau pembrekan), kereta menekan brek secara automatik dan mengurangkan tork enjin.

Sistem Maklumat Titik Buta Ford meningkatkan kesedaran pemandu dengan memaklumkan mereka apabila kenderaan yang sedang memotong berada di dalam zon titik buta mereka di sebelah kiri dan juga kanan kenderaan.

Focus serba baru menggunakan enjin petrol Duratec Ti-VCT GDi baru dengan transmisi automatik enam kelajuan PowerShift yang menghasilkan 20 peratus lebih kuasa berbanding model sebelumnya, sambil meningkatkan penjimatan minyak dengan ketara.

Focus serba baru juga dilengkapi sistem Penutup Gril Aktif – yang menggunakan lohong udara untuk mengawal aliran udara secara automatik menerusi gril ke sistem pendinginan dan enjin – lantas mengurangkan seretan dan bunyi angin pada Focus semasa dipandu laju sambil meningkatkan penjimatan minyak.

Lebih Menyenangkan dan Mengurangkan Kos Pemilikan

Pemilik Ford Focus serba baru juga akan menghargai selang servis 10,000 km yang memudahkan mereka. Seperti semua kenderaan penumpang Ford yang terdapat di Malaysia, Focus serba baru disediakan dengan Pelan Servis Lanjutan (ESP) untuk memberikan ketenangan fikiran kepada pelanggan tanpa sebarang kos tambahan.

Ford ESP ialah program penyenggaraan percuma yang meliputi alat ganti dan kos buruh selama sehingga tiga tahun atau 60,000km. Selain daripada pemeriksaan rutin dan servis penyenggaraan, Ford ESP merangkumi penggantian percuma bagi kehausan dan kelusuhan biasa, termasuk palam pencucuh, penyerap hentakan, tali sawat enjin, hos enjin, pad brek, pelapik brek dan bilah pengelap.

Liputan tambahan termasuk penggantian turas minyak, turas udara enjin, cecair brek dan bahan pendingin enjin. Penggantian ini termasuk dalam ESP Ford tanpa sebarang caj tambahan dan hanya alat pengilang tulen (OEM) digunakan.

Untuk menambah lagi perlindungan, liputan piawai bagi Focus serba baru termasuk waranti terhad kenderaan baru “dari bampar ke bampar” selama 3 tahun atau sehingga100,000 km bagi peralatan terpilih.

Dengan lebih 10 juta unit dijual sejak diperkenalkan pada 1998, Ford Focus telah menjadi pilihan utama pengguna di seluruh dunia kerana nilai hebat, keselesaan keselamatan dan keseronokan memandu yang dijanjikan.saya plak kalo bleh nak kereta mcm ni,..sesuai untuk family..huhuh...ford jugak aper..

apapun..masih ada 3 tahun...masa tu mayb minat dia akan ke arah kereta lain plak...just wait n see..hehe


~jojoe~

2 comments:

  1. Ok set. kereta lama boleh bagi kami budak ribena. Hahaa XD

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha..ambiklerrrrr...kalo brani...kikiki

      Delete

bling bling

IKLAN LAGI!