Thursday, February 28, 2013

Counting days!

Fuh...tajuk pun dh bikin berdebar..heheh... 23hari lagi..huhu.. menghitung hari bahagia kami.. alhamdulillah.. hampir 90% persediaan dah dilaksanakan..baru2 ni jalan-jalan bersama encik tunang..mencari barang hantaran..hehehe... kira antara barangan terakhir yg kami cari,. taraa....
suprised2..
encik tunang ni cerewet jugak yer sal barang2 yg nk diberi masa hari kahwin nanti..kalo bleh nak yg terbaik..tp kena tgk budget jugak..sayapun sama..nak belikan sesuatu yg dia suka..lgpun apa yg diberi akan menjadi hak milik bersama jugak pas kawin nanti..xgitu??hehehe...

apapun bila pikir soal kawin ni memang mendebarkan..apalagi memikirkan apa yang orang lain akan kata nanti.. saya cuma berdoa supaya semua orang akan mendoakan kebahagiaan kami,.,tak kisahlah siapa encik tunang di mata org..yang penting dia sempurna di mata saya.. dia akan menjaga saya.. baik buruk akan dikongsi bersama..
Dua perkara saja yang saya pegang skarang ni..
1. Restu Allah kerana jodoh itu ketentuanNya
2. Restu mak ayah/keluarga dari kedua-dua belah pihak
itu dah cukup.. Semoga perjalanan kami utk 23 hari lg dan hari2 selepas itu akan dipermudahkan oleh Allah.. Doakan yang terbaik untuk kami... Amin..

status fb saya semalam:

jodoh saya adalah ketetapan daripadaNya.. terima kasih kepada yang sudi memahami..
(ditujukan untuk mereka yg menghantar sms memberi sokongan kepada sya..tq guys)


~jojoe~

Wednesday, February 27, 2013

finally

akhirnya setelah begitu lama mengidam (aisehhh..mcm pregnant plak) saya berjaya menemui restoran marrybrown di sp..yeyyy,.. kedai ni baru buka di Amanjaya Mall yg juga baru dibuka bulan september tahun lepas... punyala lama saya tercari2 nak makan ayam MB yg memang lembut n sedap.berbeza benar rasanya dengan lain2 jenama...huhuh.. inila my favorite menu masa belajar kat UUM dulu...

Lucky Plate

dan ini yg paling nyum2...nasi marrybrown...

erkkk...sedapnyaaa...alhamdulillah...heheheh


~jojoe~

Tuesday, February 19, 2013

bye2 mini and comel


I'm a cat lover... i really do... tapi memandangkan saya bakal menamatkan zaman bujang ,,ditambah pula dengan kesibukan kerja akhirnya saya terpaksa melepaskan semua kucing saya kepada orang lain... sedih sangat..tp apa boleh buat..saya tidak mahu mereka teraniaya..terkurung tanpa belaian...Mini dan 2 ekor anaknya saya serahkan kepada seorang teman... memangla tersangat berat sangat hati nk bagi... Comel dan seekor lagi anak mini saya beri kepada kawan adik saya...
saya sangat rindukan comel yang manja..rindu sangat..saya harap mereka hepi bersama tuan yang baru.. huhu (sebak nih)
so yang tinggal sekarang cuma seekor... itupun saya bawak balik rumah mak sebab adik lelaki saya nak bela..sekurang2 masih ada seekor tu...itula peneman anak adik saya ni... terubat rasa sedih melihat kelincahan anak adik saya n si kucing neh... huhu

~jojoe~

Sunday, February 17, 2013

Inai di jari

Baru-baru ni adik saya ada bagi cadangan untuk mengukir inai 2-3 hari sebelum hari kahwin nanti...of coz la pakai inai...hehe... teringin jugak nk ukir inai macam ni..

untuk kat tapak tangan plak yg mcm DD ukir ni pun cantik gak,,simple but nice!!

cuma nama FARID tu xderla..mestila nama my special one la..hehehe.tapi saya tertanya2 apa agaknya hukum mengukir inai..risau jugak...xnakla sampai hukumnya HARAM tp masih nak pakai...selepas digoogle, ini jawapan yang saya dapat...

Hukum Wanita Mengukir Hiasan Pada Tangan Menggunakan inai
Bagaimana pula hukum memakai inai yang berukir di tangan. Sekarang ini ramai perempuan (pengantin) memakai inai dengan mengukir ala tatu di tangan berupa awan larat ataupun daun. Kita lihat dan nilai berdasarkan hadis Nabi ini :Dari Ibnu Umar r.a katanya: "Bahawasanya Rasulullah s.a.w mengutuk orang yang menyambung rambut dan meminta rambutnya disambungkan. Dan Baginda mengutuk pembuat tatu dan yang meminta ditatu." [hadith bil. 2003 : Sahih Muslim]

Dari Abu Hurairah r.a, Nabi s.a.w bersabda: "Allah mengutuk wanita yang mempergunakan (memberikan) rambutnya untuk (menyambung) rambut wanita lain,wanita yang menyambung rambutnya dengan wanita lain, wanita yang membuat gambar di kulitnya (tubuh) dengan tusukan dan wanita yang meminta kulitnya dibuat gambar dengan tusukan (alat pengukir)" [hadis bil. 1685 : Sahih Bukhari]

Jelas Dato' Abu Hasan Din Al-Hafiz: "Inai berukir ala tatu tak boleh! Ia dilaknat Allah. Inai berukir bentuk awan larat atau bentuk gambar itu adalah kategori tatu,kalau nak pakai inai, pakailah betul-betul di hujung jari."

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-88 yang bersidang pada 2 Oktober 2009 telah membincangkan Hukum Pemakaian Inai Bercorak Mengikut Syarak. Muzakarah telah memutuskan bahawa:

- Pemakaian inai pada kedua tangan dan kaki adalah diharuskan bagi wanita sama ada yang telah berkahwin atau belum selagi mana tidak menimbulkan fitnah.

- Walau bagaimanapun, kadar pemakaian inai di kedua-dua tangan dan kaki adalah terhad sehingga pergelangan tangan dan buku lali sahaja, manakala warna yang digunakan tidak bersifat kekal seperti tatu dan mengandungi sebarang unsur yang meragukan.

Mengenai corak atau ukiran yang digunakan pula, corak atau ukiran daun dan tumbuh-tumbuhan adalah dibenarkan, manakala corak-corak haiwan, lambang dewa-dewa atau ajaran atau apa jua gambaran yang bertentangan dengan syarak adalah dilarang.

-Pemakaian inai pada kedua tangan dan kaki bagi lelaki adalah tidak diharuskan kecuali pada sebilangan jari bagi pengantin semasa majlis perkahwinan dan juga untuk tujuan perubatan.

Jangan sampai kita menolak syariat semata-mata untuk mengikut adat. Apa gunanya kita beragama Islam, apa gunanya kita bermazhab jikalau kita tidak mengikuti syariat dan hukum yang telah ditetapkan. Sama-sama kita renungkan wahai pembaca yang budiman..

credit to: http://www.mamat.my


p/s: i will...hehehe
~jojoe~

Friday, February 15, 2013

Kolagen drink

Assalam...

fuyoo...kolagen tu!!...sejak2 nak menamatkan zaman bujang ni banyak betul yg saya cuba..termasukla cubaan memudakan diri yg xbrapa muda ni...hahaha..so, saya mencuba minum kolagen total image ni..

masuk hari ni dah 2 bulan saya cuba..nk kata berkesan nanti mcm prasan plak..haha..tp memang ada rasa perubahanla..terutama dari struktur kulit muka..lebih cerah n sekata berbanding dulu,.kusam ajer... satu lagi yang saya notice sejak minum ni saya jarang dapat batuk n selesema..adakah kolagen ni membantu sistem keimunan saya untuk lebih kuat..xdapat dipastikan..yang pasti saya xrasa nk berhenti minum kolagen yang sedap ni. ;).
berikut adalah sedikit penerangan  mengenai kolagen drinks yang boleh didapati di Watson neh... selamat mencuba!

TOTAL IMAGE - Collagen Drinks Jumbo

Total Image Collagen Drink is a drink that is derived from a combination of essences from traditional Chinese herbs with collagen using Western modern science and technology.
The most advanced bio-enzyme technology is user to bring you a quality product of the highest standards. Traditional Chinese herbs used are beauty secrets from the ancient palace – Chinese wolfberry and poria. Natural extracts from blueberries, strawberries, blackberries and sunflower seeds are rich in vitamins and minerals. Combined with green tea and apple polyphenols – all these ingredients help maintain the collagen in your skin, high in antioxidants to help battle the free radicals maintaining a more beautiful, youthful and radiant you.

Functions of the herbs and natural extracts:
1. Wolfberry extract:
Nourishing and calming ingredient which aids a tranquil sleep.
2. Poria extract:
Calming, whitening properties and moisturize your skin.
3. Blueberry, strawberry, blackberry extract:
Full of natural minerals and vitamins, antioxidants to combat free-radicals, anti-aging properties.
4. Sunflower seed extract:
Anti-aging skincare.

Total Image Collagen drink contains the collagen protein your body needs to maintain collagen protein in your skin. It also contains traditional Chinese herbs to promote collagen protein synthesis and anti oxidants to help skin cells battle free-radicals. With regular consumption, according to the recommended dosage, your skin will maintain its elasticity and appear more smooth, supple, youthful and radiant!
~jojoe~

Thursday, February 14, 2013

CountdoWn..

assalam...

Macam dah lama plak xmencoret apa2 kat diary on9 saya ni..sebenarnya saya sangat sibuk dengan urusan seharian walaupun sedang bercuti seminggu sempena tahun baru cina... how time flies...cepat betul hari berlalu ..baru saya sedar hari ni dah pertengahan bulan dua.. aduhh..masih banyak persiapan yang belum saya buat... pastinya saya mahukan kesempurnaan dalam apa yang sy rancang...tp biasala..pasti ada halangan dan dugaan di mana2..terbaru memang menyakitkan hati dan buat saya sedih..apapun, saya cuba positifkan diri saya.. InsyaAllah..semua akan berjalan dengan baik..
Dan bila buka blog ni saya pasti berdebar bila melihat countdown yang sangat penting ni..

Semoga dipermudahkan segalanya..Amin..

~jojoe~

IKLAN LAGI!