Wednesday, April 17, 2013

Malam Berinai

21 haribulan merupakan hari terakhir saya bergelar "cik"...rasa sangat teruja dengan persiapan yang hampir siap sepenuhnya...hari itu juga semua flower girs saya selamat sampai kecuali Tracey yang tiba keesokkan harinya..so, apa aktiviti hari ni yer... yang saya ingat hari tu sangat bz... saya dan cik adawiyah sibuk ke sana sini membuat persiapan akhir... pukul 2 kami ke SP mengambil barang hantaran untuk lelaki, pukul 4 mengambil bekas pelajar2 saya dari sabah.diaorang naik bas dari KL...dan aktiviti terakhir di siang harinya ialah mengukir inai..
Adik saya yang rekemenkan kedai ni..pengukirnya seorang pelajar india berumur 17tahun... waaa..sangat kreatif orangnya..paling best dia ukir mengikut design yang saya pilih sendiri... memang kagum melihat dia mengukir dengan hanya berpandukan sekeping kertas yang saya print... sebelah tangan  casnya cuma rm5...terkejut juga sebab terlalu murah..tidak berbaloi dengan kreatvitinya...apapun saya sangat berpuas hati dengan ukiran inai di tangan saya... memang seperti yang saya nak..tidak terlalu berserabut..simple but nice...




suasana ketika mengukir inai... setia ditemani dayang-dayang istana..hehehe
sila abaikan jari-jemari saya yang aGak kecil itu..hehe

malamnya pula tiba masa untuk berinai jari..aduuhh..rasa serik lak nak berinai ni tau..mujur kahwin hanya sekali seumur hidup..seksanya nak dipakaikan ini neh... sampai jam 3 pagi pun xdapat tdo kerana tidak selesa ,.saya pakai inai yang dipetik dari pokok...agak leceh dan bila dibuka warnanya tidak sama dengan warna ukiran inai saya..so, terpaksa la x-student saya letak pula inai lebihan ukiran tadi... barula warnanya seragam dan cantik sangat!!

sukanya.....opsss... suka tak suka akhirnya jam 4 baru boleh lelapkan mata..aduhh... risaunya saya...mesti mata lebam dan tidak bermaya masa akad nikah..huhuhuhu...

~jojoe~

2 comments:

  1. Suka inai!!!! Dah bertahun kawen pun still suka pakai inai sebab bila jari jemari merah rasa macam baru semalam kawen... hihihihi ;-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihi...suka jugak..tp kalo kena bercekang jari mcm kt atas tu mmg surrender la..haha

      Delete

bling bling

IKLAN LAGI!