Wednesday, September 25, 2013

Didik Anak dari dalam Kandungan

Menarik juga topik tu kan? terus tercari info dengan bantuan encik google..dapatla sedikit panduan ni untuk dikongsi bersama,,:)

artikel nih dr Ustazah Siti Nor Bahyah.Kelakuan anak yg dilahirkan 100% dipengaruhi oleh si ibu...dr segi emosi dan tingkah laku akan memberi kesan pada si anak yg dikandung..
Sikap ibu & ayah ketika ibu mengandung dan impak terhadp peribadi anak:


1)ibu bapa yg sering bergaduh~anak menjadi ganas dan panas baran
2)ibu bapa yg bersedekah~hati anak akan lembut
3)ibu mengidam benda pelik~petanda tidak baik terhadap anak
4)ibu tidak meninggalkan solat~anak mudah mendapat hidayah
5)ibu mengawal emosi~anak soleh dan pandai mengawal keadaan

Ibu yang mengandung juga perlu banyak berdoa.. Antara doa dan surah khusus untuk ibu mengandung ialah:

"Ya Allah,peliharalah anakku selama di dalam kandungan ku dan sembuhlah segala penyakit.
Sesungguhnya Engkau Maha Penyembuh dan tiada penyembuhan melainkan dengan penawar-Mu. Ya Allah lahirkanlah dari kandungan ku ini dengan kelahiran yang mudah dan sejahtera.
Ya Allah, jadikanlah anakku ini sihat, sempurna, cerdik, berakal dan berilmu serta beramal soleh.
Ya Allah, elokkanlah perangainya,fasihkanlah lidahnya dan merdukanlah suaranya untuk membaca al-Quran dengan berkat Nabi Muhammad s.w.t"


surah2 yang disyorkan bacaannya ketika mengandung:

-surah al-Fatihah
-surah Maryam
-surah Luqman
-surah Yusuf
-surah al-Hujurat
-surah Yasin
-surah al-Tawbah
-surah al-Nahl

p/s: semoga baby kita semua akan sentiasa dalam lindunganNya... Amin

~jojoe~

Saturday, September 21, 2013

Hubby dan baby.. :)

Minggu ni memang terasa sangat penat.. Ye la..balik rumah pun dh kul 5,,letih dan mngantuk sama banyak..huhu..slalu balik sekolah sampai rumah kul 2 dh bleh rehatkan badan..huhu.apapun, lega rasa bila kursus dh habis...masa utk fokus pada student yg akan ambik SPM november ni,,, xlama dah pun..tiba2 cikgu lak berdebar..huhuhu..
Dalam kepenatan tu saya dan suami menghabiskan hujung minggu kat rumah mak..tengok2 baby... Makan2 sana.. Bila tgk baby ni terubat rasa penatnya..baru tgk anak buah..blum lg tengok anak sendiri...xsabar sgt2..3bulan jer lg.. Smoga ank dlm kandungan saya ni sentiasa dilindungi Allah... Adik ipar saya tinggal 4 hari je lagi nak abis pntang..bestnya kan... Sekejap jer rasa masa berlalu..nawfal pun dh berumur sbulan lebih... Sehat betul dia minum susu ibu..saya pun dah berkira2 mrancang nak bagi susu badan kat baby nanti..insyaallah..semoga dipermudahkan..



Suami pun dah blajar pegang baby... Sejuk mata memandang ..hehehe...

Friday, September 20, 2013

Emosi ku emosimu..

Topik yang menarik untuk saya dan kawan-kawan yang sedang hamil... ternyata emosi kita akan mempengaruhi baby dalam kandungan ni.. buat saya terfikir, kalo saya gembira pastinya bayi saya seronok di dalam sana...kalo saya sedih mungkin dia juga sedang menangis... Maafkan saya yer baby kalo ada menyakitkan hati dan emosimu di dalam sana..huhu ( mood: sedih)

sharing is caring...

SOALAN:
BAYI perempuan yang berumur lebih kurang empat tahun, menangis setiap malam lebih kurang pukul 2 pagi sehingga hampir subuh. Apabila menangis, seluruh keluarga dalam rumah menjadi kelam kabut. Kadang-kadang matanya kelihatan terbeliak, tangannya terketar-ketar dan suaranya hilang kerana terlalu kuat meneran ketika menangis. Bagaimana hendak mengatasi masalah yang terus berlarutan ini.
- Haru-biru, Gombak, Selangor. 
JAWAPAN:
Ibu mengandung perlukan rehat yang sempurna serta kesihatan yang baik, yang melibatkan bekalan makanan yang sesuai dan mencukupi. Di antara cara untuk memperoleh kerehatan ialah dengan menenangkan fikiran. Kaedah utama untuk memperoleh ketenangan ialah dengan mengingati Allah. 
Emosi mendadak, mengejutkan, dan mengerikan yang dialami oleh ibu akan memberi kesan pada bayi dalam kandungan. Andainya berlaku gangguan emosi yang berpanjangan, ia akhirnya akan membentuk atau mempengaruhi corak perilaku anak yang bakal dilahirkan. Hal demikian boleh terjadi akibat banyak faktor, termasuk gangguan emosi iaitu pada perasaan dan fikiran. 
Sesetengah ibu menghadapi masalah yang berkaitan dengan diri sendiri, yang mungkin ada kaitan dengan kehamilan yang sedang dialami. Mungkin berlaku kerana kehamilan yang tidak dirancang, termasuk masalah kewangan, masalah orang gaji, sakit atau hilang pekerjaan oleh suami. Masalah seumpama ini boleh dikatakan dialami oleh kebanyakan orang.
Kesannya adalah bergantung kepada keupayaan seorang bakal ibu menghadapi gangguan atau emosi yang mendatang. Kerana itu kesan atau gejala daripada kewujudan masalah-masalah tersebut berbeza menurut individu, kerana setiap individu mempunyai keupayaan atau ketahanan yang berlainan ketika berhadapan dengan masalah, yang akhirnya melahirkan emosi yang berlainan. 
Perubahan yang berlaku dalam diri boleh menyebabkan berlakunya perubahan kimia yang dikeluarkan oleh saraf dan hormon dalam kelenjar endoktrin. Bahan-bahan inilah yang memberi kesan buruk terhadap perkembangan bayi dalam kandungan. Sekiranya bahan ini masuk dalam sistem darah, maka anak itu akan mengalami seperti apa yang dialami oleh ibu. 
Perasaan atau fikiran seseorang itu bermula daripada otak. Perubahan emosi akan menyebabkan berlakunya beberapa perubahan, iaitu perubahan neurochemical (bahan kimia saraf) yang melahirkan tindak balas, lalu disalurkan terus pada saraf autonomik, yang akhirnya disalurkan kepada lain-lain tindak balas, pada otot-otot dan kelenjar endoktrin. Saraf autonomik adalah menuju pada otot-otot dalam tubuh dan kelenjar bawah sedar. Manakala saraf pusat pula berfungsi mengawal otot-otot sistem tengkorak dan di bawah sedar. Apabila sistem ini berjalan dengan lancar, seluruh tubuh akan menjadi sihat. Sebaliknya apabila berlaku gangguan, sistem saraf akan melahirkan kimia tertentu, yang mungkin terus masuk pada saluran darah, terus ke uri dan akhirnya masuk dalam sistem pendarahan bayi yang boleh menyebabkan gangguan.

Jelas menunjukkan bahawa emosi ibu mempunyai hubungan terus pada bayi dalam kandungan. Ibu yang menghadapi tekanan dan menyebabkan rasa tidak tenang kemungkinan besar akan melahirkan bayi yang banyak menangis, lebih daripada biasa, tidak nyenyak tidur, meragam dan sebagainya.

Gangguan emosi yang dialami oleh ibu juga menyebabkan pergerakan bayi bertambah dengan lebih kerap. Semakin lama gangguan yang dialami, maka semakin banyak lagi berlakunya gerakan anak. Ia juga menyebabkan terganggunya kemampuan meresapkan makanan. Tekanan emosi yang teruk juga menyebabkan kehilangan kalsium, kehilangan fosfat dan nitrogen.

Perlu difahami bahawa bayi dalam kandungan berupaya berfikir, mendengar dan berperasaan. Dengan itu, emosi atau perlakuan ibu yang menyebabkannya rasa kurang selesa akan melahirkan tindak balas bayi. Pada kebiasaannya bayi yang mencapai umur enam bulan dalam kandungan sudah mempunyai daya ingatan dan memperlihatkan kebolehan menyerapkan maklumat-maklumat untuk menjalani hidupnya setelah dilahirkan. Kerana itu, emosi ibu ketika itu memainkan peranan besar dalam tujuan mencorakkan perwatakan bayi dalam kandungan dan seterusnya akan terbawa hingga dewasa kelak.

Ketegangan yang diingini oleh seorang wanita yang bakal menjadi ibu itu sukar diperoleh sekiranya faktor-faktor luaran mempengaruhinya, menyebabkan emosinya terganggu, terutamanya oleh suami. Kerana itu, kita di sini diperlihatkan bahawa pasangan yang sesuai dan bertimbang rasa itu perlu dalam usaha mencari jodoh. Ketika inilah suami perlu memperlihatkan sifat-sifat kejujuran dan bertimbang rasa, membolehkan penderitaan daripada kandungan yang semakin membesar itu hanya terasa pada bahan fizikal sahaja.

Selain daripada faktor makanan yang perlu diambil kira kebersihan tempat kediaman, terutamanya bilik tidur itu perlu. Udara yang cukup dan selesa memainkan peranan penting dalam usaha memperolehi ketegangan, terutamanya selepas menunaikan tugas harian.

Tangisan yang berpanjangan dalam masyarakat Melayu dikenali sebagai sawan tangis. Ada bayi yang tidur nyenyak di siang hari, tetapi mula menangis pada masa-masa tertentu terutamanya di tengah malam tanpa sebab-sebab yang jelas. Sawan tangis tidak semestinya kerana bayi lapar, dahaga, kesejukan, panas, berubah tempat tidur atau kehilangan orang yang selama ini berada di sampingnya.

Tangisan biasa selalunya mempunyai sebab-sebab yang jelas seperti sembelit, tercucuk pin, pakaian terlalu ketat, lampin basah, rasa sakit perut, dahaga, kesepian dan sebagainya. menangis bagi bayi merupakan satu perkara biasa, bukan semestinya kerana kelalaian ibu. Malah menangis merupakan satu penyataan bayi gantian daripada pertuturan yang tidak dapat dilakukan terhadap sesuatu yang berlaku.

Ada orang yang mengaitkan sawan tangis ini dengan rasukan ataupun gangguan makhluk-makhluk halus, yang juga melibatkan makhluk yang diistilahkan sebagai qarin. Perkataan qarin adalah berasal daripada bahasa Arab, yang bererti teman, atau pasangan. Istilah qarin bererti roh-roh jahat, yang terdiri daripada makhluk-makhluk halus yang sentiasa mendampingi manusia sejak seseorang itu dilahirkan sehinggalah seseorang itu meninggal dunia.

Allah SWT menjadikan manusia itu daripada dua unsur utama, iaitu jasad dan roh. Islam mengajar agar anak yang baru dilahirkan itu diazankan di telinga kanan dan dikamatkan di telinga kirinya. Itulah ajaran yang awal yang perlu diperhatikan dan dituruti sebaik-baik sahaja seorang bayi itu dilahirkan, dengan tujuan agar bayi itu mendengar kalimah Allah sebaik-baik sahaja dilahirkan. Pencipta yang melahirkan bayi yang baru dilahirkan, yang akan memberi rezeki dan membesarkannya yang akhirnya akan mematikannya, untuk menemui-Nya.

Sekiranya diperlakukan demikian, insya-Allah, bayi berkenaan tidak akan diganggu oleh ummu s-sibyan iaitu sejenis makhluk halus yang sering mengganggu bayi, yang boleh menyebabkan pelbagai masalah kepada bayi, termasuk gangguan tidur di waktu malam yang akhirnya boleh menyebabkan pelbagai masalah, termasuk demam panas ataupun sawan.

Seperti yang dijelaskan, bayi yang mengalami masalah menangis tiada semestinya berlaku akibat kehendak- kehendak tabiinya tidak dipenuhi. Lebih memelikkan lagi, bayi atau kanak-kanak tadi menangis pada waktu-waktu tertentu seperti selepas tengah malam sehingga berjam-jam. Pada waktu-waktu lain, anak tadi tidur dengan nyenyak dan tidak ada tanda-tanda menunjukkan ia terganggu apabila diperiksa doktor.

Latar belakang demikian membuktikan bahawa roh bayi tadi mungkin terganggu akibat gangguan yang tidak dapat dilihat oleh mata kasar, ataupun melalui eksperimen teknologi moden. Dalam masa tertentu, bayi tadi kadang-kadang memperlihatkan reaksi luar biasa, dengan wajah yang ketakutan seolah-olah sedang melihat satu objek yang menggerunkan di hadapannya.

Mungkin sukar untuk menjelaskan bagaimana gangguan yang tidak dapat dilihat itu boleh menganggu bayi menyebabkannya tidak berhenti-henti menangis, terkujat-kujat dan terketar mulut sehingga tidak terdengar suara tangisannya.

Bayi di bawah umur tiga bulan selalu menangis di waktu senja yang dikenali sebagai evening colio. Setelah berhenti dia akan menangis semula. Demikianlah halnya, yang kadang-kadang memakan masa berjam-jam menyebabkan ibu merasa gelisah dan letih yang amat sangat.
Sukar untuk membuktikan bahawa sawan tangis boleh terjadi akibat gangguan seperti yang dijelaskan.

Walaupun demikian, peristiwa-peristiwa yang dijelaskan oleh hadis berikut mungkin boleh dijadikan alasan atau pengajaran, bahawa gangguan seumpama itu memang pernah berlaku,

Hurairah r.a. berkata, bahawa Khalid bin al-Walid r.a. telah mengadu kepada Nabi SAW dan berkata: Ya Rasulullah, aku tidak dapat tidur malam kerana al-araq. Nabi SAW berkata: Apabila engkau baring di atas tempat tidur bacalah: Ya Allah, Tuhan pemelihara langit yang tujuh dan apa yang dilindungi-Nya, Tuhan pemelihara langit yang tujuh dan apa yang dilindungi-Nya. Tuhan pemelihara segala bumi dan apa yang terkandung di dalamnya, dan Tuhan pencipta syaitan dan apa juga yang tersesat kerananya. Jadikanlah daku terpelihara daripada kejahatan makhluk-Mu semua, daripada melampaui salah seorang daripada mereka mengalahkan daku dan berbuat alim. Muliakanlah pemeliharaan-Mu, maha besar pujian-Mu, tidak ada Tuhan selain daripada Engkau.

Dalam hadis ini Rasulullah SAW mengajar Khalid bin al-Walid doa agar dia terlepas daripada sakit al-caraq (tidak boleh tidur malam). Doa yang diajarkan tersebut terkandung dalam terjemahan di atas. Setelah Khalid membacanya, beliau dapat tidur seperti biasa dengan kehendak Allah.

Tidak dapat tidur malam berpunca daripada sebab yang banyak; mungkin berpunca daripada runsing akibat masalah yang berpanjangan, masalah di tempat kerja dan lain-lain masalah, ataupun kerana terlalu gembira. Selain daripada itu, tidur lewat juga boleh menyebabkan seseorang itu sukar hendak tidur.

Sebab-sebab lain mungkin kerana gangguan makhluk-makhluk halus. Dalam doa yang diterjemahkan di atas disebut jelas tentang syaitan yang menyesatkan manusia. Untuk merawat bayi, ibu atau bapa boleh membacakan doa tersebut dan ditiup pada ubun-ubun bayi, atau pada air yang digunakan untuk mandi.

Di sebalik ketentuan tersebut. Sesuatu yang kamu tidak sukai itu mungkin lebih baik bagi kamu, tetapi kamu tidak tahu. Sebaliknya sesuatu yang kamu sukai itu mungkin buruk bagi kamu. Ketika itu kesabaran paling perlu. Allah SWT memberi ganjaran tanpa hisab bagi mereka yang bersabar.

ARKIB : 12/04/2009 Utusan Malaysia.
Bayi melalak hingga ke subuh
Dr. AMRAN KASIMIN

~jojoe~

Thursday, September 19, 2013

Zzzzzzz

Alhamdulillah..selepas seminggu hilang nikmat makan sebab terpaksa mengunyah guna geraham kanan jer akhirnya sakit gusi saya dah beransur baik.. huhuh...syukur sangat... bengkak gusi saya pun dah makin pulih.. lepas ni nak ambik kalsium banyak2..serik wehh sakit gusi ni.. apapun,,harap baby saya dapat kalsium yang secukupnya.. Amin...
sekarang ni saya sedang mengikuti kursus pedagogi sains di Kulim...masuk arini dah 2 ari dah... huargghhh...ngntuks ni... curi-curi menulis blog jap sementara rehat..huhuhu..badan rasa sangat letih sejak 2 hari ni..mayb sebab terpaksa bertahan untuk kursus dari jam 8 sampai petang...huhu...esokpun masih ada kursus lg...last day..xsabar nak abis...huhuhu

tugasan melabel masa kursus... hahahaha... mcm xda gambar nk upload... pemalasnya saya...
~jojoe~

Sunday, September 8, 2013

Baby Syawal.. :)

assalam... okeeh..nak cerita sal ahli baru dalam family saya... pada 12 Ogos 2013 yakni syawal yang ke-5, adik ipar saya dah selamat melahirkan seorang putera untuk adik lelaki saya..hehe... anak sulong perempuan, yang ni lelaki plak..bestnya dah dapat sepasang..saya plak baru nak dapat seorang,.. alhamdulillah... apapun, memperkenalkan anak buah saya yang ke -7 ( fuyooo... my favorite number tu) hehehe... Muhammad Aidil Nawfal..semoga membesar menjadi anak yang soleh ye sayang... Amin...

comelnya tengok muka baby kan.innocent jer... lepas ni tanggungjawab mak ayah mencorak masa depannya.. semoga naufal membesar dengan sihat dan menjadi anak yang baik.. :)
Oh ya, dalam bulan Syawal jugak, raya ke2 kalau tak silap, sahabat saya, Afifah salwa telah melahirkan baby girl yang sangat comel... geram saya tengok... comel kan..


Semoga Ayesha El-Zara juga akan menjadi anak yang baik dan solehah..amin.. tahniah diucapkan kepada adik dan sahabat saya ni... jagala kurniaan Allah ni dengan sebaik-baiknya yer...

p/s: makin xsabar nak tunggu hujung tahun ni... :)

~jojoe~

Sakit gigi semasa hamil

Alhamdulillah... hari ni masuk 24 minggu saya hamil kurniaan Allah ni..tinggal 16 minggu saja lg... dah lebih daripada separuh perjalan bergelar ibu... xsabar rasanya melihat cahayamata kami yang pertama. lelaki ka perempuan ka xkisahlah... semua tu rahsia Allah..yang penting semoga semuanya selamat... Amin..
ok, masuk arini dah 3 hari saya sakit gigi..
rasa sakit ngilu tu memang buat saya tak boleh tidur malam.. ekceli bila jumpa dentist kemarin dia sahkan saya sakit gusi bukan sakit gigi.. Doktor hafizah cakap gigi saya ok, xda yang rosak..masalah sekarang ialah gusi saya yang membengkak dan berdarah..huhu..memang teruk jugak bengkaknya... rasanya memang normal hampir semua ibu mengandung akan mengalami masalah ni sebab perubahan hormon dalam badan... saya pikir gigi yang berlubang... lepas check baru tau yang gigi xda masalah..so xpayah gatal pikir nak cabut ke apa.. hehehe... dia cuma beri saya antibiotik dan ubat tahan sakit ni.. memula tu rasa risaula ..saya memang takot nak makan ubat sebarangan time ngandung ni..xnak effect kat baby... tapi bila dimaklumkan ubat neh selamat saya redha menelan..sebab kalo tak sembuh gusi saya ni pun akan tetap beri effect kat baby jugak... inila ubat yang saya perlu telan untuk 5 hari...

saya juga diberi ubat kumur untuk masalah gusi..harap2 semuanya akan kembali pulih..kesian pulak kat suami yang terpaksa dengar saya merengek setiap malam sebab sakit  gusi tu..huhu...doakan saya yer... sekian.. :)

IKLAN LAGI!