Saturday, December 7, 2013

AKAR/BUNGA/SANGGUL SITI FATIMAH


Apakah ini??sebelum ni xpernah tgk pun... Sekarang baru tau inilah AKAR/BUNGA/SANGGUL SITI FATIMAH HANYA TERDAPAT DI MEKAH DAN DIKATAKAN MEMBANTU MELANCARKAN PROSES KELAHIRAN,BOLEH DIJADIKAN SEBAGAI AIR SELUSUH. Gambar kat atas tu rupa bunga tu sebelum direndam. Mak saya akan rendam nanti bila dah dekat2 due bersalin saya nnti..

KHASIAT AKAR/BUNGA/SANGGUL SITI FATIMAH:
Khasiat : Digunakan sebagai Air Selusuh untuk membantu melancarkan kelahiran, membuka laluan bagi membantu memudahkan kelahiran. 

Cara nak minum:
- Cuci dan rendam dalam bekas agak besar berisi air biasa / air mineral / air zam2.. selama 1-3 hari / semalaman..

- Akar ini akan mengembang dan menghasilkan air yang coklat keperangan seperti air teh.. rasanya seperti teh tanpa gula.. Air rendaman itu dijadikan air selusuh.

- Akar ini boleh digunakan semula,tahan bertahun2 apabila tidak menggunakan lagi, bersihkan & dijemur kering, setelah itu, simpan di dalam bekas bersih.

PERINGATAN : DILARANG MENGUNAKAN AIR PANAS / DIREBUS ~ kerana ini akan mengecutkan rahim & menutup laluan.. Disini ramai yang silap.. sehingga menyukarkan kelahiran.

Semua maklumat ni saya dapat hasil pencarian google... Tp memang mak dh cerita khasiat bunga ni... Dia dh dapatkan sekuntum daripada sepupu saya..Apapun, semuanya ketentuan Allah..kita cuba mampu berusaha, berdoa dan bertawakal... Smoga saya dpermudahkan untuk bersalin nanti..amin...doakan ya.. 

No comments:

Post a Comment

bling bling

IKLAN LAGI!