Monday, March 10, 2014

MH370..di mana kamu?



Masuk hari ni dah 48jam kapal terbang MAS MH370 hilang semasa dalam penerbangan menuju ke Beijing sabtu lepas (8 mac) ..Kecoh satu dunia dengan kehilangan pesawat ni.. Apa sebenarnya yang terjadi?? Semua jadi persoalan.. Saya sendiri jadi resah menanti berita.. Sampai sekarang langsung tiada berita penemuan kapal terbang tersebut.. Rasanya keresahan ni xkan hilang selagi nasib penumpang dan anak kapal diketahui.. Mcm2 spekulasi dan berita tidak sahih tersebar.. Kat facebook saja hampir semua status kawan2 berkaitan dengan MH370.... Mustahil kapal sebesar tu boleh hilang daripada radar?mcm mana boleh terputus komunikasi? Ada yang bercakap mengenai adanya pengganas dalam kapal terbang memandangkan ada 2 individu dalam kapal yang dikenalpasti menggunakan pasport palsu..memang menggemparkan.. Hanya Allah yang tahu...

Teringat pulak dulu2 masa selalu travel naik plane ke sabah..6tahun berulang alik merentasi laut china selatan dengan 'belon',. Bukan sesuatu yang menyeronokkan bagi sayala...rasa mcm nyawa si hujung tanduk... Tp apa bleh buat.. Tuntutan duniawi.. 

Sekarang ni misi mencari MH 370 yang membawa 200lebih penumpang termasuk anak kapal dan dua bayi itu masih diteruskan..apa agaknya nasib mereka termasuk nasib 38 orang warganegara Malaysia dalam plane tu..sedih sangat pikir walaupun tiada ahli keluarga sendiri terlibat tp saya dapat rasakan kesedihan yang dilalui oleh ahli keluarga mangsa.. Sama2la kita bedoa semoga MH370 akan selamat kembali membawa penumpangnya.. Apapun yang berlaku, semuanya adalah ketentuan daripadaNya..hanya Dia yang tahu apa yg terjadi dan rahsia di sebalinya... 


1 comment:

bling bling

IKLAN LAGI!