Wednesday, June 25, 2014

Qisya ada peminat!!


Inilah kisah yang berlaku masa saya dan qisya lepak kat pantai hari tu... Ika dan suami saya masa xda sama2 kami... tinggal kami berdua ja...tiba2 ada seorang wanita arab datang nak bergambar dengan qisya... mula2 tu risau jugak rasa.. manala tau tiba2 dia larikan qisya.. huhuh... tp melihat matanya yang penuh keikhlasan tu saya berbesar hati "pinjamkan" qisya sekejap.

Wanita ni berasal dari Saudi Arabia. dia ceritakan kisahnya yang sudah lama berkahwin tetapi belum ada rezeki untuk mendapat anak sendiri.sebab tu bila nampak saja qisya, terus naluri keibuaannya membuak2 mendekati kami..

Qisya pun tidak meragam semasa didukung dan dicium oleh wanita tu... tiba2 suami dia datang dan mereka minta saya ambil gambar bertiga... semoga keluarga mereka dirahmati Allah dan dimurahkan rezeki untuk memperolehi cahayamata... Amin...
Lepas bergambar, wanita tu datang lagi... kali ni dia datang beri duit raya kat qisya... Alhamdulillah...rezeki qisya untuk simpanannya.. terima kasih hamba Allah..

No comments:

Post a Comment

bling bling

IKLAN LAGI!