Monday, July 7, 2014

Nasibmu, Adik Muhammad Firdaus

Rasanya satu malaysia sudah kecoh dengan kes penemuan OKU adik Muhammad Firdaus yang ditemui dalam keadaan menyayat hati beberapa minggu lepas. memang sedih..!! sebagai seorang ibu saya rasa amat marah dan geram dengan apa yang menimpa adik muhammad firdaus. Di mana hilangnya rasa perikemanusiaan dalam diri seorang ibu hingga sanggup memperlakukan anak sendiri sedemikian rupa..Kalaupun tidak mampu dari segi kewangan sekalipun mengapa sehingga dibiarkan anak sendiri jadi sebegitu rupa.

Ya Allah... menangis saya bila melihat video penemuan adik muhammad firdaus oleh Jabatan Imigresen yang menyerbu sebuah rumah yang dikatakan dihuni oleh PATI.


Menerusi video yg saya tonton di Buletin Utama TV3 malam tu, dapat didengar dan dilihat bagaimana individu pertama yang menemui adik Muhammad Firdaus Dullah, 15, beristighfar beberapa kali sebaik sahaja melihat tubuh remaja OKU di salah sebuah bilik yang diperiksa penguatkuasa Imigresen itu.

Individu tersebut adalah Pengarah Imigresen Negeri Sembilan, Faizal Fazri Othman.

Menerusi akhbar Sinar Harian, Faizal berkongsi pengalamannya ketika mula-mula melihat keadaan Muhammad Firdaus. Ternyata hingga ke hari ini, beliau masih berasa marah dan kecewa mengenang perbuatan dilakukan terhadap remaja OKU tersebut.

Berikut luahan hatinya:
Ketika dia dijumpai tubuhnya hanya tinggal tulang. Perutnya langsung tidak berisi.
Malah paling menyedihkan dia ditinggalkan di sebuah bilik kosong yang kotor dan berbau busuk.
Sehingga kini, saya masih gagal membendung rasa marah. Kecewa dan segala macam perasaan timbul setiap kali terkenang adik Muhammad Firdaus Dullah. Saya tidak sanggup memikirkan seorang anak kurang upaya dibiarkan dalam keadaan sebegitu rupa.
Semuanya bermula selepas menerima maklumat daripada jawatankuasa rumah pangsa Taman Semarak Nilai berhubung lambakan warga asing yang tinggal di situ.
Jadi saya melakukan operasi dan rumah Firdaus merupakan antara rumah yang menjadi sasaran.
Ketika menghampiri rumah terbabit kami mendapati hanya pintu besi yang berkunci.
Dari luar saya tolak pintu rumah. Ketika itu hati saya dapat rasa ada orang yang sedang bersembunyi di dalam kerana lampu tidak ditutup.
Saya cuba memanggil beberapa kali namun tidak disahut sesiapa. Jadi saya arahkan pintu besi rumah terbabit dipecahkan.
Pemeriksaan dilakukan di setiap sudut rumah. Salah sebuah pintu bilik di rumah itu tertutup seolah-olah ada seseorang bersembunyi di dalam. Ketika itu jam sekitar 2.30 pagi.
Namun ketika pintu bilik itu ditolak saya terus beristighfar panjang.
Saya terlihat satu susuk kecil. Saya seperti melihat rangka bernyawa.
Dia sedang baring beralaskan lantai. Sedangkan lantai itu bergelumang dengan najis dan sisa makanan.
Ada sebuah kerusi roda dan sebiji bantal ditinggalkan. Firdaus yang pada awalnya baring, bangun dan merenung saya. Saya lihat ada najis keras melekat di rambutnya. Air mata saya mula bergenang. Hampir menitis.
Tiada perasaan jijik. Bau busuk dan hamis pula seperti hilang tiba-tiba. Malah seolah bau wangi syurga mula meresap hidung.
Apa yang timbul hanya rasa belas. Saya hampiri tubuh kurus itu. Saya usap kepalanya. Hati saya terlalu sebak.Melihat keadaannya yang kurus kering, saya percaya dia sudah lama tidak menyentuh makanan.
Ramai yang bertanya kepada saya bagaimana perasaan menjadi orang pertama melihat Firdaus?
Jawapan saya, hanya mereka yang tidak mempunyai hati sahaja tidak sedih melihat Firdaus.
Sebab itu saya terus mengusap kepala dia kerana saya betul-betul tidak sangka dia yang tidak berupaya dibiarkan hidup dalam keadaan yang sangat menyedihkan.
Tapi sampai sekarang pun saya masih berfikir kenapa saya digerakkan ke situ?
Syukur ALLAH gerakkan hati ini ke sana. Seandainya tidak, mungkin sehingga hari ini tiada sesiapa pun tahu derita hidup remaja OKU bernama Firdaus.
Mungkin Firdaus akan terus menderita seorang diri. Syukur kepada ALLAH semakin bertambah.
Saya gembira lihat perubahan Firdaus. Keadaannya jauh lebih baik berbanding ketika mula dijumpai. Saya bersyukur dia kini dapat segala yang diperlukan. Cukuplah derita yang dia tanggung selama ini…
Ketika ini bukan masa untuk tuding jari tetapi penemuan itu perlu dijadikan pengajaran pelbagai pihak agar lebih menghargai anak-anak sendiri termasuk juga mereka yang bergelar Orang Kelainan Upaya (OKU).

Dalam pada itu, satu status Facebook dimuatnaik isteri salah seorang penguatkuasa Imigresen yang terlibat dalam operasi yang menemui adik Firdaus mendedahkan satu lagi fakta menyedihkan.



Mengikut status ini, adik Firdaus ditinggalkan seorang diri di rumah yang gelap dan kotor dengan jiran kiri kanannya terdiri daripada warga asing.
Ibunya pula menyewa rumah lain yang terletak di kawasan sama tapi blok berlainan.
Jika perkara ini benar, tak dapat dibayangkan apakah sebenarnya yang berada dalam fikiran ibu adik Firdaus. Wallahualam... hanya dia yg tahu jawapan di sebalik perbuatannya.




andai kata kekurangan wang menjadi punca remaja OKU ini diabaikan, rasanya itu bukan jawapan yg bijak.saya pernah menonton program bersamamu.. saya pernah melihat sendiri keluarga yg mempunyai anak OKU bukan dari keluarga yang senang tp amanah Allah itu tetap dijaga dengan baik..diberi kasih sayang...bukan diperlakukan sebegini..


Wajah remaja malang ini sebelum dipinggirkan oleh ibu kandung sendiri... Ya Allah..sebaknya rasa melihat wajah yang tidak berdosa ini..




Apapun, kita doakan yang terbaik untuk adik Firdaus.Semoga hidupnya lebih baik selepas ini.. teringat pulak perbualan saya dengan kakak2 di bilik guru.. Zaman sekarang, dah tak ada semangat kejiranan..saling mengambil berat... bila bertanya dikatakan pula jaga tepi kain orang... tp bg saya, penting juga jaga tepi kain orang... sekurang2nya xdala kes seperti adik Firdaus ni.. Bayangkan kalo tiada serbuan oleh pihak imegresen... entah apala nasib dia sekarang... Wallahhualam...dan inilah yang Allah nak tunjukkan pada kita...

No comments:

Post a Comment

bling bling

IKLAN LAGI!