Friday, August 22, 2014

Selamat Kembali MH17


Tanggal 22 ogos 2014 pastinya menjadi tarikh yang akan sentiasa dalam ingatan warga Malaysia termasuk saya.. Buat pertama kalinya dalam hidup ini saya sama-sama berkabung di atas mangsa tragedi MH17 . Dua puluh Jenazah telah dibawa pulang ke Malaysia hari ini. Tepat 9.54 pagi, pesawat yang membawa jasad dari Belanda tiba di Malaysia.Kebetulan utara Malaysia bercuti hari itu.. jadi sepanjang hari saya berada di hadapan TV,.. Sama-sama bertafakur..sedekahkan al-fatihah untuk semua mangsa yg dibawa pulang.


Setiap saat saya menangis... kadang-kadang airmata sendiri bergenang..mengenangkan mangsa dan keluarga mangsa yang bersedih dengan kehilangan insan tersayang. terbayang jika kita di tempat mereka..

berat mata memandang ..berat lg bahu memikul..apalagi bila menatap wajah anak co-pilot yang berusia 9bulan ni..

Allah... apalah yang budak sekecil ini faham tentang erti kehilangan. semoga Abderahman membesar menjadi anak yang soleh..yang sentiasa mendoakan arwah ayahnya di sana.. menitis airmata saya di saat melihat sahabat  arwah membawa anak kecil ini ke hadapan saf untuk solat jenazah. sayunya hati Ya Allah...

sama-samala kita mendoakan agar semua mangsa tenang di sana... dan semoga keadilan turut dibawa pulang ke Malaysia..semoga mereka yang bertanggungjawab menembak jatuh MH17 segera dibawa ke muka pengadilan.. Amin.. Al-fatihah.


~jojoe~

No comments:

Post a Comment

bling bling

IKLAN LAGI!