Sunday, March 22, 2015

Selamat Ulangtahun Sayang..


Syukur alhamdulillah... hari ini genap lah usia perkahwinan kami yang ke-2. Rasa mcm baru saja semalam kami diijabkabulkan... syukur padaMu ya Allah... terima kasih atas doa dari keluarga dan teman2... smoga Allah sentiasa merahmati dan melindungi rumahtangga kami.. hadiah yang paling bernilai utk ulangtahun ini ialah bila dapat melihat puteri kesayangan kami yang semakin membesar...terima kasih Allah..

untuk suamiku, Muhammad Shawal Bin Shahidan..terima kasih kerana menerima diriku seadanya...terima kasih kerana sentiasa bersama di kala susah dan senang...terima kasih kerana menjadi suami, dan sahabat yang baik buatku..abah yang baik utk Shafiya Qisya Azzalea.... smoga ikatan ini akan berkekalan sehingga ke jannahNya.. amin....



Ya Allah

Kau ampunilah dosa ku yang telah ku perbuat
Kau limpahkanlah aku dengan kesabaran yang tiada terbatas
Kau berikanlah aku kekuatan mental
Kau kurniakanlah aku dengan sifat keredhaan
Kau peliharalah lidahku dari kata-kata nista
Kau kuatkanlah semangatku menempuhi segala cabaranMu
Kau berikanlah aku sifat kasih sesama insan

Ya Allah
Sekiranya suami ku ini adalah pilihan Mu di Arsy (Al Marfu’atun ‘Ilmi)
Berilah aku kekuatan dan keyakinan untuk terus bersamanya
Sekiranya suami ku ini adalah suami yg akan membimbing tanganku dititianMu
Kurniakanlah aku sifat kasih dan redha atas segala perbuatannya
Sekiranya suami ku ini adalah bidadara untuk ku di Jannah Mu
Limpahkanlah aku dengan sifat tunduk dan tawaduk akan segala perintahnya
Sekiranya suami ku ini adalah yang terbaik untukku di DuniaMu
Peliharalah tingkah lakuku serta kata-kataku dari menyakitkan perasaannya
Sekiranya suami ku ini jodoh yang dirahmati olehMu
Berilah aku kesabaran untuk menghadapi segala kerenah dan ragamnya

Ya Allah
Kau yang Maha Megetahui apa yang terbaik untukku
Kau juga yang Maha Mengampuni segala kesilapan dan ketelanjuranku
Sekiranya aku tersilap berbuat keputusan
Bimbinglah aku ke jalan yang Engkau redhai
Sekiranya aku lalai dalam tanggungjawabku sebagai isteri
Kau hukumlah aku didunia tetapi bukan diakhiratMu
Sekiranya aku engkar dan derhaka
Berilah aku petunjukkan kearah rahmatMu

Ya Allah sesungguhnya
Aku lemah tanpa petunjukMu
Aku buta tanpa bimbinganMu
Aku cacat tanpa hidayahMu
Aku hina tanpa RahmatMu

Ya Allah
Jadikanlah aku isteri yang disenangi suami
Bukakanlah hatiku untuk menghayati agamaMu
Bimbinglah aku menjadi isteri Soleha
Hanya padaMu Ya Allah ku pohon segala harapan
Kerana aku pasrah dengan dugaanMu
Kerana aku sedar hinanya aku
Kerana aku insn lemah yg kerap keliru
Kerana aku leka dengan keindahan duniamu
Kerana kurang kesabaran ku menghadapi cabaranMu
Kerana pendek akal ku mengharugi ujianMu

Ya Allah Tuhanku…
Aku hanya ingin menjadi isteri yang dirahmati
Isteri yang dikasihi
Isteri yang solehah
Isteri yang sentiasa dihati
Amin Ya Rabbi Allamin..


~jojoe~

Saturday, March 7, 2015

zoo taiping

5 Disember 2014, hari ke dua kami di Perak.. Dalam pukul 9 pagi mcm tu kami bergerak dari rumah maksu ke Taiping.. nak melawat Zoo.. masuk dalam zoo kami decide berjalan jer... buang skit lemak yang bermaharajalela dalam badan ..hahah..so, inilah antara gambar-gambar kat sana... kalo ikotkan banyak lg gambar tp ni jer yg termampu upload..hahaha... alasan.. ikotkan nak upload semua...

alligatorr....


chipanzi... 

orang utan yang so tiutt... and sexy..heheheh


buaya darat yang menyeramkan..haha


Qisya dan abah..untungla sayang ibu ni..kecik2 dah bawa jalan sana sini..ibu dulu duk rumah...sob..sob... 


jalan-jalan..


kakak maisarah dan singa

kakak dan pakcik... i like this pic..


girrafe..

sunny bear yang nampak pemalas..heheh




cantik gambar ni kan... kuda belang, flamingo dan burung unta..




penat berjalan kat dalam, sebelum balik kami singgah dulu di taman tasik taiping yang sangat cantik landskap ni.. bleh jadi tempat outdoor shooting gambar kawin... sangat tenang kan.

Bakal pengantin... hehehehe



konon-konon gambar pre-wedding ler ni... erkkk..



Alhamdulillah, pukul 5 kami selamat sampai umah mak... terus malamnya celebrate besday adik bongsu saya ni.. lupa nk bgtau..harini besday dia yang ke-21... so..hepi besday adiq cayang... semoga dpanjangkan umur murah rezeki yer... amin.... love u yang...








~jojoe~

Friday, March 6, 2015

a day in tambun!

Pada 4 dan 5 disember tahun lepas..tahun lepas??? mak aiii..cerita basi lagi..hahaha...apa boleh buat..redha jerlah kan...huhuh..dah itu kebenarannya..kesibukan melayan qisya dengan kerja sekolah yang bertimbun kadang-kadang buat saya lupa kewujudan blog ni..lagipun blog ni tak ada pembaca tetap...hanya sekadar diari sebagai kenangan..kalo ada yang sudi baca dan komen terima kasih banyak2... 
untuk entry ni,mcm biasa..banyak gambar...hehehe...biasala, dah pergi jalan-jalan mesti semuanya nak diabadikan dalam bentuk gambar kan... cerita ni masa saya dan keluarga ke Perak.. satu tempat yang wajib kami pergi ialah LOST WORLD OF TAMBUN... kebetulan paksu dan maksu saya tinggal di ipoh... jadi penginapan adalah percuma..hehehe...jom layan gambar jelah kan.. heheheh




 acara wajib.. bergambar di depan entrance... hehehe..memandangkan masa tu cuti sekolah, memang ramaila pengunjung... saya beli tiket melalui kawan..so dapatla masuk dengan harga RM30 seorang... untungla RM20..hehehehe..
family adik saya.. yang baju merah tu anak adik perempuan saya yang xdapat join sebab kerja,,,



 Sesi berdonkey Qisya..langsung tak takot..seronok dia panjat belakang tu..hehehehe.. pastu sesi bergambar2 sebelum basah...



 Lepas tu faham-faham je lah kan...bila dah jumpa air..hehehe...memang seronok habis..pak-pak budak pun terlebih enjoy..hehehe




Qisya belajar berenang dengan abah yer..heheheh






 Hepinya qisya main air... lepas tu turn para bapak plak main mainan air yang ada situ... sambil berjalan keliling theme park ni..




suami teringin nak berjalan dalam ni...tapi xkesampaian ...sebab  nak tolak walker qisya..heheheh




 Gambar seterusnya ialah masa di PETTING ZOO...walaupun xbanyak sgt binatang sini tpi enjoy jugakla... terutamanya masa tgk merak kembang ekor...masing2 jadi peraq... hahaha

 tengok ulau melingkau atas pagau...hahaha







part best... burung buat sarang atas kepala...hehehe





 tengok harimau..aummm.... naseb baik tak terlepas time kami pergi haritu..kalo tak maunya panik abis...huhuhu


 Lepas ronda masa untuk bermain lagi..heheh...tp untuk bapak2 dan ibu2 saja ler....






 Lepas tu sambung main air lagi.. dah nama water theme park kan...selagi boleh main air...main jelah..jangan xnak balik sudah..ye tak???






Lama jugala kami berjimba kat situ..sampai naik pucat main air..apapun, memang best kalo pergi situ dengan family... pasni pergi lagi yer...:)

~jojoe~

IKLAN LAGI!