Sunday, March 22, 2015

Selamat Ulangtahun Sayang..

video

Syukur alhamdulillah... hari ini genap lah usia perkahwinan kami yang ke-2. Rasa mcm baru saja semalam kami diijabkabulkan... syukur padaMu ya Allah... terima kasih atas doa dari keluarga dan teman2... smoga Allah sentiasa merahmati dan melindungi rumahtangga kami.. hadiah yang paling bernilai utk ulangtahun ini ialah bila dapat melihat puteri kesayangan kami yang semakin membesar...terima kasih Allah..

untuk suamiku, Muhammad Shawal Bin Shahidan..terima kasih kerana menerima diriku seadanya...terima kasih kerana sentiasa bersama di kala susah dan senang...terima kasih kerana menjadi suami, dan sahabat yang baik buatku..abah yang baik utk Shafiya Qisya Azzalea.... smoga ikatan ini akan berkekalan sehingga ke jannahNya.. amin....



Ya Allah

Kau ampunilah dosa ku yang telah ku perbuat
Kau limpahkanlah aku dengan kesabaran yang tiada terbatas
Kau berikanlah aku kekuatan mental
Kau kurniakanlah aku dengan sifat keredhaan
Kau peliharalah lidahku dari kata-kata nista
Kau kuatkanlah semangatku menempuhi segala cabaranMu
Kau berikanlah aku sifat kasih sesama insan

Ya Allah
Sekiranya suami ku ini adalah pilihan Mu di Arsy (Al Marfu’atun ‘Ilmi)
Berilah aku kekuatan dan keyakinan untuk terus bersamanya
Sekiranya suami ku ini adalah suami yg akan membimbing tanganku dititianMu
Kurniakanlah aku sifat kasih dan redha atas segala perbuatannya
Sekiranya suami ku ini adalah bidadara untuk ku di Jannah Mu
Limpahkanlah aku dengan sifat tunduk dan tawaduk akan segala perintahnya
Sekiranya suami ku ini adalah yang terbaik untukku di DuniaMu
Peliharalah tingkah lakuku serta kata-kataku dari menyakitkan perasaannya
Sekiranya suami ku ini jodoh yang dirahmati olehMu
Berilah aku kesabaran untuk menghadapi segala kerenah dan ragamnya

Ya Allah
Kau yang Maha Megetahui apa yang terbaik untukku
Kau juga yang Maha Mengampuni segala kesilapan dan ketelanjuranku
Sekiranya aku tersilap berbuat keputusan
Bimbinglah aku ke jalan yang Engkau redhai
Sekiranya aku lalai dalam tanggungjawabku sebagai isteri
Kau hukumlah aku didunia tetapi bukan diakhiratMu
Sekiranya aku engkar dan derhaka
Berilah aku petunjukkan kearah rahmatMu

Ya Allah sesungguhnya
Aku lemah tanpa petunjukMu
Aku buta tanpa bimbinganMu
Aku cacat tanpa hidayahMu
Aku hina tanpa RahmatMu

Ya Allah
Jadikanlah aku isteri yang disenangi suami
Bukakanlah hatiku untuk menghayati agamaMu
Bimbinglah aku menjadi isteri Soleha
Hanya padaMu Ya Allah ku pohon segala harapan
Kerana aku pasrah dengan dugaanMu
Kerana aku sedar hinanya aku
Kerana aku insn lemah yg kerap keliru
Kerana aku leka dengan keindahan duniamu
Kerana kurang kesabaran ku menghadapi cabaranMu
Kerana pendek akal ku mengharugi ujianMu

Ya Allah Tuhanku…
Aku hanya ingin menjadi isteri yang dirahmati
Isteri yang dikasihi
Isteri yang solehah
Isteri yang sentiasa dihati
Amin Ya Rabbi Allamin..


~jojoe~

4 comments:

  1. Amin2..i love u so much 😘..

    ReplyDelete
  2. Didoakan Joriah dan Syawal serta Puteri Qisya tercinta hidup bahagia di dunia dan di akhirat dalam keberkatan-Nya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Amin..amin...tq kak shida... 😊😊😊

      Delete

bling bling

IKLAN LAGI!