Tuesday, May 5, 2015

Salam takziah.. :(

Assalam..

kalo ikutkan ..ada banyak lagi entry yang saya blum post ( dalam proses editing..uhuhu) ..tp arini tiba2 tergerak hati nak menulis sesuatu...naluri seorang ibu... sedih rasa hati dengan peristiwa yang berlaku baru-baru ni.. malam 1 Mei 2015, 3 beranak terkorban akibat nahas jalan raya.. apa yang menyedihkan lagi peristiwa itu menyebabkan dua kanak2 comel ini hilang tempat bergantung.. hilang kasih sayang ibubapa dalam sekelip mata..



KUALA LUMPUR: Nahas di Lebuhraya Duke pada awal pagi tadi mengorbankan sepasang suami isteri dan bayi mereka yang berusia 7 bulan.

Walau bagaimanapun, dua pemandu kereta Myvi yang dilaporkan menjadi punca kemalangan itu hanya mengalami cedera ringan selain seorang lagi rakan mereka yang tidak mengalami kecederaan.

Laman Facebook dipenuhi spekulasi bahawa kejadian tersebut berpunca daripada enam kereta Myvi yang sedang sedang berlumba sekitar jam 1 pagi itu.

Laman Twitter pula dibanjiri reaksi dari orang ramai yang berkongsi kesedihan selain mereka yang berang terhadap tragedi itu.

Beberapa pengguna Twitter meratapi nasib ketiga beranak yang terbunuh dengan menyatakan bahawa mereka yang tidak bersalah yang menjadi mangsa.


Sumber: http://www.astroawani.com/berita-malaysia/kemalangan-duke-netizen-luah-rasa-berang-59115?cp

Walaupun saya tiada pertalian saudara dengan mereka...walaupun saya tidak pernah mengenali keluarga arwah, tapi saya memang marah dengan apa yang berlaku.Seluruh rakyat Malaysia marah dan simpati dengan nasib keluarga ini....memang ajal dan maut di tangan Tuhan...tapi jangan sampai perbuatan kita sampai memudaratkan orang lain..berlumba di jalan raya seperti orang gila sehingga menyebabkan dua kanak-kanak menjadi anak yatim piatu dalam sekelip mata. Menangis saya mengenangkan nasib anak-anak arwah... Ya Allah.. terbayang saya anak sendiri... bagaimana dalam usia semuda dan sementah itu mengharungi dugaaan sehebat ini.. dan siapa yang tidak menangis apabila melihat bayi secomel ini tercampak keluar dari kereta sehingga meragut nyawanya...


anak syurga.adik Nur Firuza Annisa yang sangat comel... :-(.semoga tenang bersama ibu dan ayah di sana.. Untuk adik Nur Firuza Amira, 7, Nur Firuza Aqila, 4...




Semoga tabah sayang.. membesarlah menjadi anak yang baik... anak yang solehah... doakan ibu dan ayah di sana.dan semoga keadilan akan dapat ditegakkan untuk ke dua beradik ini..... Al-fatihah..

~jojoe~

No comments:

Post a Comment

bling bling

IKLAN LAGI!