Sunday, June 12, 2016

Qisya.. anak ibu yang kuat..

Assalam...

Lamanya tak menulis di sini... kesibukan hanyalah alasan.. cuma baru2 ( 10 Mei)  ni saya dan suami diuji apabila puteri kesayangan kami Qisya kemalangan kecil di rumah pengasuh ketika bermain. menurut pengasuh dia jatuh terkena besi di bahagian mata. masa tu saya di sekolah jaga exam pertengahan tahun. bila pengasuh call tu memang dah rasa cuak yang amat. otak xdapat nk pkir apa dah.. pikir nak balik rumah tengok keadaan Qisya.

setengah jam perjalanan balik ke rumah memang terasa lama yang amat..macam-macam bermain dalam kepala saya.. apa dah jadi dengan mata qisya.. macam mana kalo lepas ni qisya Bxxx,... Ya Allah Lindungi lah anakku Ya Allah.. Jauhkan lah dirinya daripada bayangan buruk itu.

Saya dan suami sampai di unit kecemasan klinik kesihatan setengah jam kemudian.Pengasuh dan adik ipar saya yang bawa qisya ke situ...


sedih hati saya melihat keadaan qisya masa ni... :-(


 luluh hati melihat Qisya yang bengkak sebelah matanya. sisa darah dan airmata pun masih di situ.. tp qisya memang kuat.. langsung tak menangis bila melihat saya..dia senyum melihat saya ... Ya Allah, Kuatnya anak ibu... saya terus dukung qisya dan bawa dia ke hospital.Pihak klinik ada memberi surat susulan untuk rujukan pihak hospital.. Saya dan suami ambil keputusan bawa qisya ke Hospital Metro.
tunggu doktor datang check masa ni

sampai hospital, doktor bagitau ada koyakan di bahagian dalam.. mata hitam qisya pun ada calar sikit.. hati jadi sebu..jadi sebak bercampur baur.. tak henti2 memohon dan berdoa smoga tak ada kesan yang lebih serius.. Qisya terpaksa saya puasakan dari pukul 1 petang sampaila ke pukul 7 malam. baru dia ditolak ke bilik bedah. Lukanya dalam mata tu perlu dijahit dan qisya perlu dibius supaya lena,,,,huhuh... sedihnya masa tu Tuhan yang tahu.. hancur hati melihat anak kesayangan saya lali lepas hidu gas anesthesia tu..huwaaa.... sedihnya...
selesai operation.... qisya separuh sedar time ni.. xnak lepas jari saya dan suami... terpaksa bergilir pegang tangan dia...

Alhamdulillah, lepas sejam qisya selamat dijahit semua... matanya berbalut sebelah..dan dia masih lg dalam keadaan lali... memang semalaman dia lena saja... teringat plak saya time tu dia blum makan apa2 sejak tengahari tadi... saya cuba kejutkan dia minum susu masa jam 11 malam.. dia ada bangun dan minum tp kemudiannya dia muntah.. adui... sedih lg rasanya... last2 dia tlena balik ..pukul 530 pagi qisya bangun minta air dan roti.. alhamdulillah...lega rasa tgk dia bselera makan sampai 3 keping roti... sambil gelak2 lg ...alahai anak ibu... lepas tu qisya lena balik..
dah bleh senyum dan bermain time ni... sebelum balutan dibuka

pagi esok saya diminta bawa trun dari wad untuk pemeriksaan di klinik pakar mata...doktor buka balutan mata qisya masa dan explain kat saya ada lebihan benang di tepi mata..

ok.. time ni doktor baru buka balutan qisya...kesian anak ibu ni..

tujuannya nk memudahkan prosedur buka benang nnti.. adui... lepas ni kena follow up utk buka benang pula la... dah la naik seriau saya tgk mata dia time tu,, dengan benang lg... huhuhu.. apapun, syukurla tak ada kesan buruk pada penglihatannya... saya bersyukur sangat2..


wajah ceria menanti untuk dibuka benang...

hari ni dah 2 minggu kejadiaan tu berlaku... qisya pun dah betul2 sehat.. jumaat lepas pun dah buka benang.. Alhamdulillah, dipermudahkan olehNya.. Qisya anak ibu yang kuat.. sepanjang tempoh penyembuhan dia tidak meragam( kecuali time nak letak ubat dalam tu... time tu saya pun nangis sebab takot..seriau pedih,.,huhuh).Dia tak garu.. tak kacaupun benang di tepi matanya... masa-masa Qisya dihabiskan dengan aktiviti biasa,,.temasuk melompat dan berlari... adui.. Qisya...Qisya.. semoga anak ibu sentiasa sihat...sentiasa dilindungi Allah.. tak nak sakit2 lg yer sayang.. Ibu dan abah sayang qisya....


~jojoe~

No comments:

Post a Comment

bling bling

IKLAN LAGI!